I DO LOVE MY SCHOOL A LOT.
ASSALAMUALAIKUM :*
apo kabo semua?
baik? alhamdulillah :)
*aku yang tanye,aku jugakla yang jawab
ehh,ehh nak tanya boleh?
korang yang suka blogwalking blog aku nie semua sekolah mana eah?
emm,mesty ada sekolah yang unknown kan,HAHA XD
bila orang tanya sekolah mana mula lah,ayat-2 nie yang biasa terpacul
"taknak lah bagitau,bukan you tau pun"
"sekolah i tak famous lah"
"sekolah i unknown gila"
"ala,sekolah biasa je,tak pandai pun"
mimi pun pernah guna salah satu daripada ayat-2 di atas,hikhik :D
Tpi sebenarnya,walaupun sekolah kita tak famous,sekolah biasa or tak pandai sekali pun bila dipikir-pikirkan balik kenapa kita nak malu dengan sekolah kita sendiri?
right,c'mon lah guys,it's our school kot
SEKOLAHKU,SYURGAKU lah kan
eventhough,sekolah kita tu sesetengahnya budak-2 dia hampeh
ala,sesetengahnya je kot,
jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.
okay,contohnye mimi adela pegi open house jiran mimi nie then dia borak la dengan mak mimi pasal sekolah pastu boleh pulak dia kutuk sekolah mimi depan-2 muka mimi?
dia cakap
SMK SENAWANG nie budak-2 dia teruk,kuat sosial
makcik tak sedar ke saya nie budak sekolah tu? -.-
oh emm jayy!
panas telinga gua babe!
don't judge a book by its cover la makcik
makcik pernah ke sekolah situ? then macam mana makcik boleh cakap yang sekola tu teruk semua?
okay,memang sesetengah budak agak hampeh tapi tak bermakna budak-2 lain pun hampeh kan?
padahal aku nie
innocent kot kat sekolah
*kperasan lebih
so,mintak tolong la dekat makcik and pakcik semua
tak payah dok busy kutuk sekolah aku la
mentang-2 anak korang tu baru sekolah rendah
nanti tengok-2 anak korang sendiri masuk sekolah yang korang kutuk-2 selama nie
hah,baru korang
tersengih
kalau orang kutuk sekolah kau pun,mesty kau panas jugak kan?
yang makcik nie pulak,boleh je kata macam tu depan-2 aku?
haih,memang cari nahas la,mulut dia tu perlu kasi
insurans sikit
berapa kali aku dengar jiran-2 aku kata macam tu pasal
SMK SENAWANG
konon sekolah anak dia
cemerlang,gemilang,terbilang tahap badak la kan?
makcik,cakap pakai otak la,jangan ikut sedap mulut main tibai je,
umur tu dah lanjut,tapi bila otak makcik nak lanjut hah?
*tahun depan agaknya
btw makcik,
no hate just love♥
okay tutup pasal makcik tu
weekend hari tu aku siap la kan kerja khusus sejarah yang tebal-2 tu ha
tajuk dia smk senawang so kena cerita pasal smk senawang lah kan
aku amik la majalah SEMSE tahun lepas
dah lama tak bukak majalah tu,aku suka tengok gambar je actually
so aku pun tengok la balik,
rindu la pulak,HAHAHA XD
tilik punya tilik,selak punya selak,tiba-2 aku rasa nak
menangis
mata aku dah berair dah masa tu
alahai,
menangis kegembiraan
aku tak tahu kenapa,bila aku tengok muka-2
warga SEMSE yang
senyum,ceria and manis-2 belaka,aku nak nangis!
bila aku tengok gambar-2 budak SEMSE menang pertandingan lagi la aku nak nangis!
KENAPA?!
tak pernah-2 jadi macam tu sebelum nie okay
tapi aku rasa aku tahu kenapa,
sebab,jauh disudut hati aku,aku sebenarnya
sayang gila dekat
SMK SENAWANG tu!
wherever i am and whoever i'll be,i will love
SMK SENAWANG now and hereafter.
#It scares me to think that one day I'm not going to be in school anymore. :(
kbye.